NADI - CYBERSECURITY: Siri Cyber Hygiene
22 Januari 2026 | Aktiviti Terkini22 Januari 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI - CYBERSECURITY: Siri Cyber Hygiene. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang dan di sampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Seramai 1 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Siri Cyber Hygiene memberi pendedahan tentang kepentingan keselamatan siber dalam kehidupan harian, khususnya dalam penggunaan internet dan teknologi digital. Ia menekankan amalan asas seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, pengurusan privasi, berhati-hati dengan pautan atau mesej mencurigakan serta kepentingan mengemas kini perisian bagi mengurangkan risiko ancaman siber.
Kesimpulannya, amalan cyber hygiene yang konsisten dapat melindungi data peribadi, mencegah penipuan dan serangan siber serta membentuk pengguna digital yang lebih peka, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam dunia siber yang semakin mencabar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: